KURANG GULA –
Kami sedar ramai di kalangan pengguna sekarang lebih mementingkan kesihatan
diri. Oleh itu, produk kami mangandungi kurang gula dan kami tidak menggunakan
apa-apa pemanis tiruan. Produk kami mempunyai rasa yang tidak terlalu manis,
hanya manis yang “sesedap rasa”.
BERKHASIAT –
Selain daripada mengandungi kurang gula, sesetengah produk kami mengandungi
buah-buahan, sama ada buah-buahan segar (spt Fruit Tartlets dan Berries Heaven
Cheese cake) atau buah-buahan kering (spt Coklat Kurma Badam dan beberapa
perisa Brownies – “mix fruits”, kranberi, kismis). Seperti yang anda sedia maklum, buah-buahan adalah makanan yang berkhasiat.
DIHASILKAN
SEGAR – Produk kami dibuat berdasarkan tempahan. Apabila pelanggan mengesahkan
tempahan mereka dan pembayaran penuh telah dibuat, barulah kami akan memulakan proses membuat produk yang ditempah itu. Ini bertujuan untuk
mengekalkan kesegaran produk kami hingga ia dihantar dan diterima oleh pelanggan.
TIDAK
MENGANDUNGI BAHAN PENGAWET – Produk kami tidak mengandungi apa-apa jenis bahan
pengawet. Walaubagaimanapun, kami memberi jaminan kepada anda bahawa produk
kami mempunyai ketahanan daripada menjadi rosak dalam tempoh yang agak lama. Ini
kerana kami menitikberatkan amalan penyediaan produk makanan terbaik dalam
aspek pemprosesan dan pembungkusan. Kami juga menitikberatkan aspek
penghantaran, yang mana kami memilih servis penghantaran/courier terbaik dan
menggunakan servis penghantaran dingin/sejukbeku untuk sesetengah produk yang
memerlukan suhu dingin (spt Fruit Tarlets, Tiramisu, cheese cake, moist cake
dan sebagainya).
Di atas
berikut merupakan beberapa fakta menarik yang menjadikan bakeri “homemade” kami
berbeza dengan yang lain. Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan atau
inginkan sampel, sila hubungi kami. Kami akan cuba untuk memberikan yang
terbaik buat anda. Sekian, terima kasih.