Monday, March 18, 2013

APA YANG MEMBUATKAN BAKERI “HOMEMADE” HOUSEWIFE’S KITCHEN BERBEZA DARIPADA YANG LAIN?


KURANG GULA – Kami sedar ramai di kalangan pengguna sekarang lebih mementingkan kesihatan diri. Oleh itu, produk kami mangandungi kurang gula dan kami tidak menggunakan apa-apa pemanis tiruan. Produk kami mempunyai rasa yang tidak terlalu manis, hanya manis yang “sesedap rasa”.

BERKHASIAT – Selain daripada mengandungi kurang gula, sesetengah produk kami mengandungi buah-buahan, sama ada buah-buahan segar (spt Fruit Tartlets dan Berries Heaven Cheese cake) atau buah-buahan kering (spt Coklat Kurma Badam dan beberapa perisa Brownies – “mix fruits”, kranberi, kismis). Seperti yang anda sedia maklum, buah-buahan adalah makanan yang berkhasiat.

DIHASILKAN SEGARProduk kami dibuat berdasarkan tempahan. Apabila pelanggan mengesahkan tempahan mereka dan pembayaran penuh telah dibuat, barulah kami akan memulakan proses membuat produk yang ditempah itu. Ini bertujuan untuk mengekalkan kesegaran produk kami hingga ia dihantar dan diterima oleh pelanggan.

TIDAK MENGANDUNGI BAHAN PENGAWET – Produk kami tidak mengandungi apa-apa jenis bahan pengawet. Walaubagaimanapun, kami memberi jaminan kepada anda bahawa produk kami mempunyai ketahanan daripada menjadi rosak dalam tempoh yang agak lama. Ini kerana kami menitikberatkan amalan penyediaan produk makanan terbaik dalam aspek pemprosesan dan pembungkusan. Kami juga menitikberatkan aspek penghantaran, yang mana kami memilih servis penghantaran/courier terbaik dan menggunakan servis penghantaran dingin/sejukbeku untuk sesetengah produk yang memerlukan suhu dingin (spt Fruit Tarlets, Tiramisu, cheese cake, moist cake dan sebagainya).

Di atas berikut merupakan beberapa fakta menarik yang menjadikan bakeri “homemade” kami berbeza dengan yang lain. Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan atau inginkan sampel, sila hubungi kami. Kami akan cuba untuk memberikan yang terbaik buat anda. Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment